Sebuah Penantian

Assalamualaikum..Greetings..


Wow..nampaknye, blog aku yang tak seberapa ni ada jugak pengunjung dari luar negara (excited la ckit..wweeee). Tapi, content yang ada dalam blog ni takde la best sangat, sekadar apa yang berlaku kat aku, dan kisah-kisah menarik diantaranya. Itu je. Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih lah kepada pengunjung blog aku ni. "danke (in germany) , "merci (in french) , Dziekuje (in Polish) , "Domo Arigato (in Japanese) , and "Salamat (in Tagalog).. 

Wah, tajuk lain daripada intro la pulak. Back to the story. Penantian satu penyeksaan. Betul ke??? Agaknye betul la kot. Biasa sangat la tengok situasi orang-orang yang menanti ni. Biasanya tengok dekat bus stop la. Kesian nye tengok mereka-mereka yang tercongok je menunggu bas. Sebelum tu, nak citer la sikit ye. Aku ni bukan la cakap kosong je. Sebabnye, aku sendiri pernah alami situasi ni. Masa bila pulak kan..Dulu, masa aku kerja kat Shah Alam, seksyen 26. Kawasan kilang Hicom Industrial Area. Rumah sewa jauh. Kat Kota Damansara Seksyen 7. Naik bas 2 kali. Kena tukar bas sebelum sampai. Mula-mula tu menunggu kat bas stand depan pasaraya kat KD seksyen 7. Lepas tu, sampai kat simpang Hilton PJ pulak, kena turun. Amik bas ke Shah Alam pulak. Nasib baik la masa tu tiket beli sekali je. Bas Rapid KL..tak amik pas bulanan. Coz dah plan nak beli moto. (huahuahua..) Tapi nak citer kat sini, kalau naik moto, boleh sampai dalam setengah jam je. Naik bas, dalam 2 jam baru nak sampai. Yang lamanya menunggu. Seksa....


Penantian kedua pulak, menunggu nak dapat ikan. Takde kes lain la. Memancing. Hehehe.. Seksa tau tunggu ikan nak sangkut. Tapi, penantian tu akan bertukar menjadi satu kepuasan bila tengok joran dah melentok-lentok. Lagi syok bila dapat posing dengan ikan tu..huahuahua..
(Sempat enterframe)

Penantian seterusnya aku serah kat y'all untuk share kat sini. Untuk aku, aku sekarang ni dalam satu penyeksaan kerana menanti satu tarikh yang akan merubah segalanya dalam hidup aku. Hehehe. Kalau terer, try teka apa yang aku nantikan. Terserah kat korang nak fikir apa. Subjektif. Hanya mereka-mereka yang berkenaan je tau apa yang aku tunggu. Hint nye kat sini, 'Sekali je seumur hidup(!~ hope so... ehehe)' . Haha..agak-agaknye la kan, mesti ada antara y'all yang dah catch up mende tu kan. 

Well, itu je untuk kali ni. Next time ada story menarik aku citer la pasal story tu pulak. Kalau takde, aku buat ulasan la. Thanks for reading. Daa!!!!!

~@ Hari sabtu yang penuh dengan penantian......

2 ulasan: