Tarik tali...

Assalamualaikum..Greetings..


Kali ni takde cerita pasal ikan walaupun tadi siang pergi mancing..Sebabnya, dapat ikan yang sama jugak..Ikan Buntal, iKan Kitang..itu je la..orang lain dapat ikan lain..tapi ada yang dapat balik dengan perasaan hampa..Tapi takpe, yang baiknya kat sini sekarang aku dah ada kawan baru. Kaki pancing jugak la. So, dah ada la geng mancing pasni.

Ini sebenarnya nak citer pasal "Kahwin". Ye..Kahwin..Ish, segan la pulak nak citer (takde kene mengena dengan 'tarik tali' pun...). Tapi nak segan nape nye kan?? Benda baik. Bukan buat tak senonoh pun kan?? Well, apa pendapat korang tentang perkahwinan. Bagi yang dah kawin, tolong2 la share kan kat sini ye. Tengok gambar orang kawin, pengantin senyum lebar. Bahagia je nampak. Macam takde masalah. Bagus la tu. Hepi nya.................

Bagi kawan-kawan yang dah berumahtangga, dah ada penyeri rumah tangga (i mean anak ye) nampak macam bahagia sangat. Itu la yang buatkan orang yang belum kawin ni agak jeles. Tapi tak semua la kan?? Ada yang takutkan perkahwinan. Sebab?? Takut untuk memberi komitmen. Takut untuk galas amanah dan tanggungjawab. Bagi yang lelaki, kena la bertanggungjawab sepenuhnya keatas si isteri. Sebabnya, lepas je lafaz akad disahkan, bermula itu la segala dosa si isteri menjadi tanggungjawab si suami. Berat tu. Sanggup ke?? Lagi-lagi kalau calon isteri tu jenis yang tak pakai tudung, pakai nak yang ketat je. Of coz, lawa..cun..seksi..tapi, ingat la Cik Abang..awak yang tanggung tu nanti..Eh, sori ye..bukan la nak bagi syarahan agama kat sini. Kita ni pun apa kurangnya. Masih merangkak nak kenal hidup. Cuma atas rasa tanggungjawab sebagai saudara, kita share la apa yang kita tau kat sini. Maaf skali lagi kalau ada yang terasa.

Bagi mereka yang bakal bergelar isteri pula, takut la nak kawin..Sebab?? Antaranya, ala..nanti dah kawin tak bleh enjoy. Nanti Suami kongkong. Tak boleh nak hepi2 ngan kawan-kawan. Sape kata tak bleh cik kak?? Tengok la awak tu nak kemana. Lagipun, dah memang tanggungjawab Suami awak amik tahu kemana awak nak pegi, dengan siapa, berapa lama. Mane taknya, kot hilang nanti sape yang susah?? Suami awak jgak kan?? Tayar kereta pancit ke, terkehel bahu ke masa dok sibuk pilih2 baju baru, terseliuh ke jatuh escallator. Macam2 lagi la. Baik pikir elok2 ye sebelum nak cakap apa2. Takut silap cakap je.

Banyak advantage kalau berkahwin bagi seorang wanita. Sebenarnya, tanggungjawab bagi menyediakan semuanya untuk keluarga tu tanggungjawab suami. Ape erk?? senang bagi contoh la. Cari rezeki , makan. Okay, bermula dari mencari duit tu dah memang tugas suami. Next, ada duit beli bahan mentah macam ikan, sayur, macam-macam lagi la. Kalau diikutkan, itu tugas suami. Tapi selalunya isteri yang buat kan? Takpe, kita teruskan dulu. Lepas dah ada bahan mentah, kena la masak kan?? Sape yang masak?? Isteri kan?? Kalau nak diikutkan hukum, suami punya kerja tu. Lepas masak, kena hidang. Si suami la yang bertanggungjawab. Pendek kata, semua tugas2 tu tugas dan tanggungjawab seorang suami keatas isteri dan anak-anak. Part ni mesti ramai cik kak - cik kak yang setuju kan?? Nanti dulu la..tak abis lagi ni. 

Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh seorang tokoh agama terkenal, ada petikan berbunyi " Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka". Lagi, "Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana menguruskan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah S.A.W di syurga kelak" - Wallahua'lam.. Hebatnya kelebihan-kelebihan untuk wanita yang berkahwin dan mentaati suaminya. Kan??? Jadi, y'all fikir-fikirkan sendiri la ye apa motif perenggan kat atas tu citer pasal suami masak.. Ada jugak la dengar dari ceramah, kalau tak silap ustazah yang glemer tu kata la..lebih kurang macam ni.."Perkahwinan bagi seorang wanita yang taat kepada suaminya, seperti mengutip batu-batu di syurga"..

Well kawan-kawan, entri kali ni bukanlah nak bersyarah atau nak mengajar. Sekadar sebagai perkongsian bagi kita umat Islam. Tambahan pulak dah dekat dengan bulan Ramadhan. Bagi kawan-kawan yang belum cukup ganti puasa tu, cepat2 la ye..Kalau tak, kena kifarah. Hope semua dapat kebaikan dari entri kali ni. Aku ni pun tengah belajar jugak. Tak salah kan kalau kongsi-kongsi? Bukan niat nak menunjuk-nunjuk. Sekadar persediaan diri untuk jadi seorang suami kepada bakal isteri. Jangan nanti sama-sama sesat jalan sudah. Hehehe.. Thanks for reading. Apa yang baik tu semuanya adalah ilham dari Nya, yang khilaf tu biasa la. Hamba ini makhluk Nya yang daif. Selamat berumah tangga..selamat berbahagia bersama suami @ isteri tercinta..


3 ulasan:

  1. terasa terharu pula dengan entry, anda pengulas yg baik. hehe, iya sudah berkahwin komitmen sungguh banyak. tapi, kena la ada susun jadualnya.

    kalau ikutkan hati marah, semua benda buat sendiri. tapi bila baik dgn suami, minta dia tolong, dia yang akan buat sehingga seterusnya ;)
    maniskan???

    BalasPadam
  2. tQ for your compliment..heee.. thanks atas tips tu ye..nanti bagi la lagi ye... macam sweet je perkahwinan..tambah plak tgk macam cikOni tu..heee....

    BalasPadam