Tamatnya Modul pertama

Assalamualaikum & Greeting to all of you..Salam satu Malaysia!!! huahuahua..
Pada jam 12 tgh hari tadi, berakhir lah sudah Kursus modul khusus yang dah berlangsung dari 17 Julai yang lalu. Hanya dengan perkataan berikut dapat aku gambarkan suasana dan apa rasanya dapat join kursus tersebut.

  1. Best
  2. Seronok
  3. Hangat
  4. Macam-macam ada..
Jadi, sekarang ni ialah masa untuk share pictures yang ada disnapkan guna my K530i dan cameraphone org lain yang sudi memberinya guna teknologi 'gigibiru' @ 'bluetooth'..Jom saksikan..
Gambar yang first ni ialah peserta dari kontinjen (macam la besar sangat) Sarawak. Nak perkenalkan sorang - sorang ramai la pulak. Tapi yang tak ada kat dalam tu ada 2 orang peserta lelaki. Abis je majlis terus lesap. Tak sempat nak ajak bergambar.

Seterusnya gambar ahli kumpulan 5 LDK. Kitorang digabungkan untuk membentuk team yang paling baik. Huahuahua. Self proclaim as Best Team sebabnya, Peserta terbaik lelaki dari kumpulan ni & Peserta harapan Wanita pun dari kumpulan ni. Kat bawah-bawah nanti boleh tgk muka dorg.

Gambar ni masih lagi kumpulan kitorang. Tapi nak buat freestyle la. Huahuahua

Yang ni pun sama jugak..

Gambar ni aku bersama Anwar & peserta terbaik lelaki yang aku maksudkan tu, Saiful (tengah).

Yang ni, Winnie (pakai baju pink) Peserta harapan Wanita. Dari kumpulan 5. Yang tak nampak muka tu Solhi. Kawan senegeri. Hehehe...

Itu aku dengan Kak Nurul dari HQ..satu kumpulan jugak..hepp..jangan salah sangka plak ye..Akak tu dah anak 2 tau..

Gambar atas ni takda aku. Tapi Zaim dengan kenalan baru Zuli dan jugak Solhi yang tak nampak muka tadi tu..

Yang di bukan sapa-sapa. Tapi sepinggan nasi Briyani yang disantap sebelum check-out. Masa makan ni, aku sempat buat cerita asal usul nama nasi ni kat kak Habsah. Takda gambarnya..seronok sangat makan. 

Well, itu je gambar yang ada kat aku. Ada lagi dekat kawan-kawan yang lain. So, insyaallah ada la kot kalau diorang bagi kat aku. Dalam kursus ni, aku antara yang termuda. Cuma few je yang sebaya dan ada yang muda sikit la. Lain - lain semua abang-abang dan kakak - kakak. So, takde makna nya kalau nak berskandal-skandal. Lagipun memang ditegah la penjawat awam ni berskandal terutamanya yang dah berumah tangga. Boleh kena tindakan tatatertib. Aku ni belum rasmi lagi berumah tangga. Tapi dah menuju kearah tu. Sebagai ayat disclaimer dari sebarang tuduhan, gambar-gambar ni ialah gambar sekadar untuk merapatkan silaturrahim antara kakitangan kat jabatan aku bertugas. Semoga tak ada yang silap faham ye. Hehehe.. Kawan-kawan yang gambarnya ada kat atas tu, keizinan untuk masukkan pic anda baru je saya nak mintak ni. Harap tak jadi masalah lah ye. Thank You..

Itu saja untuk kali ni. Sebelum terlupa, sebenarnya kitorang baru je habiskan satu modul kursus. Lepas ni, kitorang ke Kursus Modul seterusnya pulak dekat hotel lain. Jadi, dijangka habis pada 27 Julai 2010 pulak. Kerinduan kian terasa untuk balik bertemu dengan yang tersayang ni. Itu saja. Thanks for reading & viewing. Hope dapat sediakan lagi kisah yang menarik untuk tatapan anda semua..Bye!!!

Hotel tempat kami berkursus untuk modul yang seterusnya.

2 ulasan:

  1. hehehe takut kena skandel ye eem's.
    org pendek akal je berfikir mcm tuuu.
    success mesti dah rindu kat tunang kannn???

    BalasPadam
  2. Aah..takut je..kat jabatan dah da warning dah..kalau kantoi skandal, boleh kena tindakan tatatertib..huhu..tunang tau sangat dah dengan perangai ni..takde la kesah sangat..hehe

    BalasPadam