Selepas beberapa hari berkursus..

Assalamualaikum..Greetings y'all..
Sejak dari mengupdate entri yang lepas, aku dah lama tak update blog ni. Sebabnya, terlalu sibuk dengan berkursus. Nak buat macam mana, penting untuk masa depan. Masa depan dan depan depan lagi. Tapi esok merupakan hari terakhir untuk modul kali ni. Ada exam untuk keputusan kursus ni. So, hari ni kitorang para peserta diberi peluang untuk berehat menenangkan fikiran, untuk revise balik apa yang dah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang cukup ramah terdiri daripada Pengarah-pengarah bahagian, dan jugak para otai dalam department2 yang ada.  Lupa pulak, aku ni sebenarnya kursus induksi dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Sebuah badan berkanun yang fungsinya banyak mengarah kepada membantu para nelayan. Simple explaination. Takpe kan???

Kat bawah ni ialah gambar yang aku snap ambik dari muka depan buku nota yang diberikan kat kitorang untuk salin apa yang disampaikan. Bajet rajin la kot..haha..


Itu gambar buku. Ni nak story la sikit. Aku ni orang baru la dalam jabatan. So, masa ni la dihimpunkan orang-orang yang baru dan agak lama sikit, yang belum pernah lagi hadir Induksi. Insuksi ni wajib, sebagai salah satu syarat untuk disahkan jawatan. So, kena la buat betul-betul. Aktiviti penuh je sepanjang hari. Bermula awal pagi sampai la malam. Bawah ni plak, ada la gambar yang aku sempat snap. Tak berpeluang je sebenarnya nak snap banyak-banyak..

Yang ni, aku sedang bersiap nak ke senaman pagi. Untuk hari pertama, kedua, dan ketiga ada aerobik. Hari keempat pulak ada senam seni. Instructor dari Jabatan kesenian dan kebudayaan lead kitorang. Seronok.....

Yang atas ni, roommate aku sepanjang berkursus. Dia ni penempatan tempat bertugas tak jauh dari tempat aku bertugas. Kawan la..Tu yang selamba je candid gambar dia..hehe..(Sori ye pendekar musang beremos..kuikuikui)

Hehe..Sepanjang kuliah pulak, kitorang ditempatkan kat ballroom hotel ni. So, mesti la ada story nya kan. Yang tu tak penting. Apa yang aku nak share kat sini, aku dah ada kenalan baru dari jabatan yang sama ni. Jom tengok wajah-wajah diorang..

Itu aku, bersama-sama Saiful (tengah), Nurul (hujung) , Anwar (belakang) & Winnie (pun kat belakang). Masing - masing kitorang ditempatkan di lokasi-lokasi yang berlainan. Cuma Nurul dengan Anwar je yang duk kat HQ kat kL..tu pun tak pernah jumpa sebab tingkat lain-lain. Seksyen tak sama la katekan. 

Yang ni plak Winnie & Anwar. Snap pic ni sebab dalam pic kat atas tu dorang tak perasan kamera tgh snap gambar kitorang. So, Winnie nak lagi skali..hehehe

Ada baiknya program-program macam ni diadakan. Setidak-tidaknya, boleh merapatkan silaturrahim antara kakitangan. Lagipulak, bila dah kenal ni senang la nak buat kerja. Sebabnya, setiap staff yang dihantar on the ground mesti kena berhubung dengan yang kat HQ kalau ada masalah. Selesai kisah dalam kelas.

Kat tengah bandar kL yang penuh dengan kenangan ni, mesti nak kena take picture jugak. So, apa lagi..

Berbackgroundkan Twin Tower dan KL Tower, aku posing..Hahaha..Dari bilik hotel je..

Ni pose memandang Twin Tower dengan penuh sentimental. Teringat someone la..(Cik Tunang saya)..

So, itu je yang dapat distory kan untuk kali ni. Esok ada exam. Harap-harap boleh jawab dengan betul la. Penting la exam tu untuk dapatkan markah lulus Induksi ni. Kalai tak lulus, kena tunggu tahun depan pulak la. So readers, wish me luck ye. Dah lama tak menghadapi saat-saat exam ni. Thanks for reading. Till then..Daa!!!

2 ulasan:

  1. miahaha, dun like kursus mursus ni, lagiii dh ada ank ni, mau ingt nk blk je kang :D

    BalasPadam
  2. tu lah..kalau boleh nak selesaikan kursus mursus ni b4 ada anak isteri..dengan yang ni pun igt nak balik je..huahuahua

    BalasPadam