Senangin fresh masak steam..

Assalamualaikum..Salam sejahtera..

Kali ni, aku nak update lagi blog ni dengan entri yang best. Bingkisan ni aku dah sediakan Rabu lepas tapi tak dapat nak upload atas sebab kesibukan dan kesihatan yang kurang mengizinkan.. So, sila lah nikmati kisah kali ni..

Dekat bawah ni ialah gambar Ikan Senangin Masak Steam yang telah pun berjaya dihabiskan pada Rabu lepas. Sedap tau ikan fresh.


Well, bukanlah tujuan nak bagi jeles ye. Cuma nak kongsi je dengan y'all semua tentang apa yang aku lalui hari-hari. Dah tajuk blog ni pun "Kisah seorang aku".

Kat bawah ni pulak, aku sedang berposing dengan lauk yang telah berjaya dimasak oleh orang bujang. Ehem - ehem.. Perempuan pun ada yang tak tau masak taw.. Jangan marah..


[Dua ekor ikan Senangin yang berada dalam genggaman. Penat lelah terbayar jugak. Seronok nya memancing..]


Sekarang ni aku ada hobi yang best lagi mendatangkan hasil. Hobi baru aku ni juga telah menjadikan aku seorang blogger yang aktif update blog yang dah lama ada, tapi tak ada story untuk di entri. Terima kasih kepada hobi memancing ku yang ada kala nya mendatangkan rasa tidak senang orang lain. Almaklumlah, masa banyak spent dengan joran dan kadang-kadang berbau ikan.. (takkan bau ayam atau kambing pulak kan..hehehe). Insyaallah, aku akan kongsi lagi cerita menarik tentang memancing, jenis-jenis ikan, atau pun resepi-resepi yang lazat dalam blog aku ni.
Thanks kerana sudi singgah..Jumpa lagi nanti..Daa!!!

3 ulasan:

  1. huk huk~ best nya. is that your house? kemas...

    BalasPadam
  2. rumah ya kemas nak?? aku lah ya yang rajin..haha

    BalasPadam
  3. NAMPAK CAM TAK MENARIK!! 1ST IMPRESSION TU PENTING TAU!! KALAU NAMPAK MENARIK BARULAH SELERA TU DATANG!

    BalasPadam