Hari yang kurang memberangsangkan..

Greetings..Assalamualaikum..

Apa khabar semua?? Semalam aku tak update entri sebab tak sedap badan. Tapi bahan-bahan untuk dimuatkan dalam entri kali ni dah ready dah sebenarnya. Let's begin...

Perhatikan gambar kat bawah ni terlebih dahulu...



Nampak tak?? Kalau tak berapa nak jelas, itu ialah seekor Belut. Untuk pengetahuan u all, semalam pun aku pergi memancing. Namun apakan daya, seekor ikan pun tak ada yang melekat. Umpan pulak habis dimakan. Tapi last sekali masa aku nak balik, belut tu yang sangkut kat mata kail. Memandangkan hari pun dah malam, aku balik la dengan sedikit rasa hampa.


Well, semalam juga aku ada snap beberapa gambar yang tak ada kaitan dengan aktiviti memancing. Tapi tentang ikan dan nelayan. Dekat jeti port aku memancing tu, ada sekawan nelayan yang baru balik dari laut. Hasil tangkapan utama, ikan Pari. Pernah tengok ikan pari dalam jumlah yang banyak?? Jom tengok gambar - gambar kat bawah ni:


Seorang nelayan yang sedang berposing..(melawak je..hehehe)



Ikan Pari yang berjaya ditangkap dalam pelbagai saiz. Tapi saiz yang besar ni je aku snap..



Dah tengok kan?? Oleh kerana baik nya hati nelayan tu, aku dan kawan aku diberikan sedikit ikan untuk makan malam. Memandangkan kitorang bujang lagi, tinggal pun tak ramai maka dapat lah 3 ekor seorang. Bukan ikan Pari, tapi dapat ikan Bulu. Ikan Bulu??? Sebenarnya aku tak tau nama betul atau nama scientfic nye. Just nama tempatan je..Sedap tau ikan fresh.. Aku rebus dengan garam je.. Manis rasa isi dia..


Ini lah ikan Bulu yang pelbagai saiz.





So, itu saja setakat kali ni. Kalau ada lagi story yang nak dikongsi bersama, aku akan update blog ni untuk story yang terbaru. Till nest time, bubbye!!!

0 Komen.:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan