Hujung minggu..

Assalamualaikum..Grettings to all readers..
Hujung minggu  dah pun bermula. Kebiasaannya pasti ada saja aktiviti yang nak dibuat. Bagi aku, hujung minggu lepas aku habiskan sepanjang hari Sabtu dengan melepak tengok tv kat rumah sewa yang aku tinggal. Ahad nya pula, aku pergi memancing dengan kawan. Bermula dari hari tu lah, aku mula merasakan minat aku terhadap memancing kian bertambah.
Minggu ni, aku habiskan sepanjang hari Sabtu menempuhi perjalanan pulang dari Kabong ke Kuching yang mengambi masa lebih kurang 6 jam (termasuk berhenti rehat). Plan asal, sesampai nya kat Kuching, aku berkira-kira nak mencari port yang best untuk memancing. Tapi, rasa penat mengatasi keinginan tu. Aku rehat je kat rumah. Maklumlah, perjalanan pun jauh. 
So, tak banyak yang dapat aku kongsi kali ni. Insyaallah lain kali ada story menarik yang boleh ditatap bersama kat sini. Sekarang jam 11:22 malam. Ada lagi beberapa jam sebelum match 3rd-4th placing untuk World Cup. Kalau masih terdaya, aku tgk. Kalau tidak, bantal la menjadi teman. Itu saja kali ni, till then.. Selamat berhujung minggu..

0 Komen.:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan