Dialah kekasihku

Gud Day...
Hari ni aku terasa nak update blog ni selepas semalaman aku rasa ada satu perasaan lain yang muncul dalam diri aku tentang seseorang ni..
ni dia..
MAZIAN BINTI ISMAIL
Gadis manis ni aku kenal pada Julai 2008, masa attend satu kursus kat hotel. Mula nya aku xterfikir yang dia akan berada di sisi aku, temani aku sampai ke hari ni. Maklumlah, org cantik..ramai yang minat..Tapi rezeki aku jugak yang dapat dia (bertuah nye badan..haha). Dari awal perkenalan sampai la hari ni, nampak perubahan pada dia. Sekarang ni makin berisi. Alhamdulillah...
Sekarang ni, hubungan aku dengan dia dan keluarga dia dah makin baik. Perancangan dah diatur, cuma tunggu masa untuk melaksanakannya.
Sebenarnya, aku terkenang kan kisah silam. Kemudian, aku sedari yang disisi aku sekarang ni, orang yang betul-betul sayang aku. Walaupun hari-hari kami sentiasa ada pertengkaran, tapi kami tetap bahagia.
Rutin harian aku sekarang ni, bangkit dari tidur, mandi dan bersiap pergi kerja. Sebelum tu, aku akan ke rumah dia, jemput dia dan hantar dia ke office dia yang xberapa jauh dari rumah. Tapi kalau jalan kaki tu masak la. Lepas tu baru aku ke office, yang ambil masa 20minit perjalanan.

Petang nya, tepat pukul 5:00pm, aku punch-out, and terus pergi jemput dia. Terpaksa la dia tunggu dalam stgh jam, sebab, laluan terdekat ke situ amik masa stgh jam. Jalan jamm..Kesian..sori sayang..
Tujuan aku ceritakan semua tu, bukan la aku tak suka. Tapi aku akan rasa macam kurang kalau aku x buat semua tu. Macam ada yang x lengkap dalam rutin harian aku. Dalam seminggu, ada 7 hari dan kami akan bersama walau apa alasan sekali pun. 24 jam sehari, kami akan bersama sekurangnya 1/3 daripada masa tersebut. 1/5 masa kami sehari kami akan bergayut..sampai la tido..
Panjang sangat story..last but not least, aku nak wish sesuatu buat kekasih hati yang teramat manja dengan aku ni..
  • Don't be so naughty
  • Jangan selalu marah - marah pagi2..xbaik taw..
  • Petang - petang pun jangan marah - marah saja..
  • Malam pun sama..hehehe
  • That's all...xsabar mok tunggu hari yang kita dah rancang..semoga semua berjalan lancar.

So, thats all..last, pic ni aku amik masa kami spend masa bersama2 sebelum aku tour keliling Sabah, 14 Mac lepas.. pic terakhir ni aku suka sangat. It shows something yang aku sendiri belum dapat interpreate. Yang pasti, aku amat menyayangi dia.......





1 ulasan: