Episod 1: Mencari

Bila aku angkat kepala dari meja, ku lihat secangkir kopi panas telah tersedia. Aroma yang begitu memikat telah mencuri perhatianku. Najeeha, gadis yang selama ini aku impikankan untuk jadi milik ku kini berdiri di sisiku bersama secebis senyuman.

"Abang, mengantuk ke? Na ada buatkan kopi untuk abang." Aku membalas dengan senyuman dan ucapan terima kasih. Najeeha mahu berlalu meninggalkan aku bersama minuman itu. "Na.." Aku memanggil isteriku itu, dan Najeeha berhenti dan menoleh kepadaku. "Mari, temankan abang minum." Najeeha senyum dan mengangguk lalu perlahan duduk disampingku.

Aku memandang Najeeha dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah, aku bersyukur pada Mu Tuhan kerana menyatukan kami setelah pelbagai dugaan dan cubaan engkau berikan. Najeeha telah banyak berubah sikapnya. Kalau dulu, aku yang sediakan segalanya untuk dia. Tapi tetap ada saja yang tak kena. Itu tak kena, ini tak kena. Kadang-kadang jemu aku dibuatnya. Kini semuanya berubah, setelah hampir setahun kami bergelar suami isteri.

Nurimannajeeha, anak kedua daripada tiga adik beradik aku mula kenali ketika aku pulang semula ke kampung halaman setelah lima tahun merantau. Bapaku kurang sihat dan dijangka akan menjalani pembedahan besar. Aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan kembali ke tanah air. Aku mengenali Najeeha sewaktu mendaftar untuk satu acara yang aku hadiri di sebuah hotel. Pertama kali aku melihatnya, hatiku tertarik. Hatiku terus bertanya, siapa namanya.

"Tak nak beli apa-apa ke?" Aku menoleh kearah suara itu. Itulah ungkapan pertama yang aku dengar dari mulutnya. Aku hanya membalas dengan tersenyum simpul. Tiada apa yang mampu aku perkatakan pada masa itu. Aku memberi alasan untuk ke tandas, walhal aku malu bercampur gembira kerana disapa olehnya. Ah, apa yang harus aku lakukan sekarang? Hatiku benar-benar terpaut. Mungkinkah ini yang dinamakan cinta pandang pertama, dan aku kini terjerat di dalamnya.

******************************

0 Komen.:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan