MH - Malaysian Hospitality by MAS

Assalamualaikum..Greetings..

Malaysia Airlines System (MAS) memang tak asing lagi bagi kita semua warga Malaysia. MAS juga kini semakin gah di persada dunia. Chewahh..ayat bukan main lagi..Kenapa ye aku tiba-tiba cerita pasal ni??? Ini adalah kerana, aku baru je melalui sebuah perjalanan (eh..penerbangan) dari Kuching ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Boeing 737-400 dengan penerbangan MH2153. Sepanjang penerbangan, aku pun terasa la sesuatu yang rupanya aku sangat-sangat merindukan perkara tesebut. Aku sangat suka travel !!!!!

Cukup cukup..Back to the story..Aku nak share some photos yang aku sempat snap dari dalam flight dan selepas landing siang tadi (masa aku update entri ni, jam menunjukkan pukul 11:45pm)..
Gambar 1st ni ialah bekas (kotak) yang ada makanan kat dalam tu.

Gambar ni pulak, main dish yang aku santap..Briyani Rice with Chicken. Ada lagi satu menu tu, Rice with Fish. Kena pilih satu je. So aku decide untuk amik yang ni. Yummy!!!

Desert & Starter with refreshment. Ada Honey dew & Betik, Kit Kat and Orange Juice. Mineral water pun ada jugak, tapi tak masuk gambar. Hehehe..

Ini gambar selepas semuanya aku bedal kecuali kit kat. Aku simpan dalam poket. Sampai kat hotel, dah cair. Nasib baik ada fridge, boleh simpan dalam tu.

MH ialah kod penerbangan bagi pesawat kendalian MAS. Tapi, ia bukan semata-mata kod. MH juga boleh stand for Malaysian Hospitality. Memang best la kat dalam flight tu. Nak kata best sangat tu tak la. Tapi, tak ada rasa perkara-perkara yang menyakitkan hati or menyusahkan. Semuanya bak-baik saja. Sepanjang flight yang amik masa kira-kira sejam 45 minit tu, ada bahan bacaan yang boleh dibaca bagi mengatasi rasa bosan. Ada local newspaper dan majalah "Going Places" yang ada macam-macam kisah menarik. Tgk la cover nya tu..




Ini gambar tuan punya blog ye..masa kat dalam flight..sempat lagi tu..

Yang ni pulak gambar kawan-kawan sekumpulan yang sama-sama dari Kuching nak ke KL untuk hadir induksi. Ada 7 orang termasuk yang nampak beg je tu & tukang amik gambar ni.

Well readers, thank you for reading story yang ntah apa2 ni. Esok 18 Julai 2010, bermula la hari yang sibuk bagi aku. Insyaallah aku akan update blog ni untuk kongsi cerita lagi. Take care, hati-hati masa blogwalking. Sayonara!!!

4 ulasan:

  1. lak honeymoon k MAS k? hehehe.. :P

    BalasPadam
  2. haritu pergi sarawak, naik AirAsia laaa...Everyone can fly... honeymoon kat semnanjung laaa, pulau langkawi best ;)

    BalasPadam
  3. ye ke..welkam2..nanti org tu nak g sabah..takpe, 2nd honeymoon kat langkawi la kot..hehehe

    BalasPadam