Lagi kisah aku memancing..


Greetings readers..
Bertemu lagi..Kali ni aku dah ada modal nak masukkan entri untuk blog aku yang tak seberapa ramai la pengunjung nya. But anyway, ini lah tempat untuk aku kongsi cerita dan pengalaman serta pendapat aku yang pelbagai. Tak kira apa topik, subjek, ataupun perkara.
So, hari ni aku nak story satu lagi cerita pasal aku pergi memancing.. Seronok nye..Hahaha..




Nampak tak gambar ikan kat atas tu?? Itu la hasil tangkapan aku kali ni. Nama glamer nya Belukang. Aku tak tau nama komersial ataupun nama scientific nya.. Gambar ni diambil selepas je mata kail dicabut dari mulut ikan bertuah ni. Oleh kerana masa tu hari dah pukul 7 lebih, jadi suasana dah pun gelap. Hanya berbekalkan cahaya lampu suluh, aku merajinkan diri untuk mengambil gambar ni.. Boleh tahan la bagi seorang beginner macam aku ni untuk dapat pancing ikan. Kerana, 2 3 orang pemancing lain yang ada kat situ termasuk kawan aku tak dapat apa pun. Belum rezeki..


Gambar kat atas ni pulak aku tengah bergaya dengan memegang ikan tu..Percaya atau tidak, masa ni ikan tu masih lagi bernyawa. Cukup liat nak mati..Amacam?? beso x??Lepas berjaya menyiang ikan tu, bermakna dah ready untuk proses seterusnya iaitu masak. Ikan ni paling sedap kalau masak asam pedas. Dah siap pun. Tgk la kat bawah ni...



Nampak sedap kan?? Hehehe..ala, tu lauk bujang je memandangkan aku menyewa dengan kawan satu ofis. Well, cukup setakat ni untuk kali ni. Thanks sekali lagi kerana singgah di blog aku ni. Sampai ketemu lagi next time. Esok, aku akan mencuba sekali lagi. Mana la tau kot dapat ikan yang lagi besar dan lagi banyak. Till next time..

Sayonara!!!

5 ulasan:

  1. im ajar yan masak asam pedas.nya ya kannya pandei masak

    BalasPadam
  2. aieh eyh. berani ktk anok kmk mon. hohoho

    BalasPadam
  3. nyaman eh...sapa masak bang? mok telur nya...huhu

    BalasPadam
  4. haha..nya specialist lam masakan ala barat jak..

    BalasPadam
  5. hehehe..nya pakar masakan ala barat jak..

    BalasPadam