Dari situ,
aku lihat ada sinar cahaya,
seperti mahu menerangi kesuraman ruang ini.

Berlari aku ke sana,
Ku sentuh dia,
Tidak terasa sedikitpun panas darinya.

Aku bawa masuk ke kamar ini,
Bersama harapan agar kamar yang kelam,
Jadi terang semula.

Ah..itu dahulu..
Sekarang ini, kau mula mencari ranting-ranting kering,
Rumput-rumput kering, Dedaunan yang kian gugur,
Kau bakar dengan penuh angkuh..

Wahai api yang kian marak,
Aku tak akan berdiam,
kalau kamar yang ku bina ini cuba kau runtuhkan.

-eem's-
Januari 11 - 11:44pm

0 Komen.:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan