Pantun klasik..

Hari ini aku rasa seperti mahu berpantun.. Jiwa tengah sarat..Jom sama-sama kita cari pantun-pantun lama, share kat sini..


1. Kalau padi katakan padi,
Tidaklah aku tertampi-tampi,
Kalau jadi katakan jadi,
Tidaklah aku ternanti-nanti...

2. Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat,
Puas sudah saya mencari,
Baru kini saya mendapat...


***

Tiba-tiba teringat "Gurindam Jiwa" yang Latifah Ahmad & Nordin Ahmad lakonkan tu..moh kita baca sama-sama...

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Anak cina pasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Jati,
Di dalam hati tidak ku lupa,
Sebagai rambut bersimpul mati.

Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.

Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja,
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.




.... Q: Ada ke 'Cinta Mati' kita kat dunia ni??? Renung-renung..

2 ulasan:

  1. gurindam perenggan ke dua, rima akhir tak sama..sy rasa ada silap...

    BalasPadam